desakuguarchempedak
Ahad, 2 September 2018
Nak buat apa petang ni
Balik kerja petang ni, ada saja aktiviti yang perlu dilakukan. Dari memasak hingga ke menanam pokok bunga. Banyak sangat pasu kosong di rumah akibat pokok banyak mati. Dari berbelas pokok bunga raya pelbagai jenis, dah berkurangan hingga tinggal 4 jenis sahaja. Sedih tu memang sedih, dah la suasah payah kumpul akbat minat, tapi akibat kemarau yang panas berpanjangan menyebabkan pokok tidak tahan kepanasan dan mati beransur-ansur.
Mari Berjoging
Dah lama cuti sekolah, bila klinik buka maka banyak la admission nak admit dalam wad. Bagi aku sama saja. Jumlah pesakit sentiasa saja penuh. Jika ada satu katil kosong pun, dok pakat berpusu-pusu admission yang menanti. Medical la katakan. Kalau kerja pagi, boleh la pergi beriadah waktu petang. Selalunya berjoging la aktiviti kami sekeluarga. Tapi yang leceh bila bawak anak kecil berjoging. Tak jauh lagi berjoging, dah kena dukung pulak.
.
Bila nak cuti ni
Bila nak dekat cuti sekolah, anak-anak selalu dok tanya bila kita nak pergi jalan-jalan. Bukannya ibu tak mahu cuti, tapi ibu kena kerja, abah kena kerja. Kadangkala, di saat-saat akhir nak bercuti, kena ganti orang kerja pulak. Bukannya tak kasihankan anak-anak ni, tapi dah kerja shif ni menuntut komitmen yang tinggi.. Sampaikan nak pi Pulau Pangkor yang dekat pun tak lepas-lepas. Lepas ni, kita pergi Cuti-Cuti Malaysia yer..
Sumber dari google
Hijau mata memandang..
Rindunya, tak dapat dibayangkan bila balik kampung, dapat melihat ban di kampung, sawah padi menghijau. Bukit-bukit kecil yang terletak di tengah sawah hijau seolah-olah menanti kepulangan aku yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dapat melihat kelibat ibu bapaku, sudah cukup bagiku untuk melepaskan rinduku pada mereka. Selagi mereka masih ada, aku harus terus berbakti kepada mereka. Kalau aku mampu, satu dunia akan aku berikan pada mereka selagi aku mampu..
Jom balik kampung..
Assalamualaikum... nama saya Zack
Dah lama tak balik kampung. Bukannya apa, tiada kekangan waktu. Bila cuti, anak pulak sekolah. Bila anak cuti, aku pulak kena kerja. Bukannya tak ingat ibu, bapa dan keluarga. Kalau boleh, nak ja aku terbang, tinggal saja di kampung hari-hari. Nasib baik ibu bapaku deberi kesihatan yang baik. Apapun, keluarga tetap di hati walau aku di mana pun. Kampung pulak,bukannya jauh mana pun..
Langgan:
Catatan (Atom)
Nak buat apa petang ni
Balik kerja petang ni, ada saja aktiviti yang perlu dilakukan. Dari memasak hingga ke menanam pokok bunga. Banyak sangat pasu kosong di ruma...
-
Rindunya, tak dapat dibayangkan bila balik kampung, dapat melihat ban di kampung, sawah padi menghijau. Bukit-bukit kecil yang terletak di t...
-
Bila nak dekat cuti sekolah, anak-anak selalu dok tanya bila kita nak pergi jalan-jalan. Bukannya ibu tak mahu cuti, tapi ibu kena kerja, ab...
-
Dah lama cuti sekolah, bila klinik buka maka banyak la admission nak admit dalam wad. Bagi aku sama saja. Jumlah pesakit sentiasa saja penuh...